APA MAKSUD BACHELOR, IJAZAH, SARJANA, MASTER, PHD?


Assalamualaikum guys. 

Buat adik-adik sekolah kat luar sana yang masih tak faham turutan pengajian selepas SPM nak sambung apa dulu. Ijazah, Sarjana muda, Bachelor, PHD, Master apa semua.. korang mesti macam.. "What the heck were that??" "Beza apa Ijazah dengan Bachelor?" and so on. 


Korang jangan gelabah sangat kalau di usia korang ni tak faham lagi sebab macik pun macam korang! Sekarang macik dah tua so macik dh faham la. Bila macik nak isi UPU baru macik menggelabah punggung dengan istilah-istilah pengajian ni semua. Tanya kawan-kawan pun dorang pun bengong macam macik. Nak tanya ibu abah lagi la.. Macik kan anak sulung, ibu dan abah macik takde experience lagi dan dorang pun tak masuk universiti.


Lepas blogwalking baru la macik faham. Sebenarnya, turutan atau tahap pengajian macam ni guys.. Macik ringkaskan aje supaya korang faham.

SPM/Sijil Kemahiran/(Sijil-sijil lain)

p/s: Ni korang tengah berada sekarang. Tengah di bangku sekolah lagi. Time ni sedang fokus study kan..ermm. 


Sijil Matrikulasi/ Asasi/ A Level/ Sijil Diploma/ Sijil STPM

p/s: Yang ni korang wajib ambil untuk sambung Ijazah. Bagi yang nak sambung belajar di asasi, A-Level dan Diploma, korang akan study di Universiti. Wuu.. dah masuk Universiti. Yang ambil matrikulasi akan ditempatkan di kolej matrikulasi dan bagi STPM, belajar di sekolah sendiri atau sekolah-sekolah yang menawarkan sijil STPM. Kalau nak IPG pulak, korang kena isi permohonan selepas SPM. Atau yang dah mengikuti semua peringkat di atas juga boleh mohon IPG. Cuma korang akan jadi kakak atau abang. Korang tua sikit la..)


Ijazah Sarjana Muda (Degree/ Bachelor) 

p/s: Degree dan Bachelor nama sama bagi Ijazah Sarjana Muda. Kalau korang perhati, masa nak pilih kos tu kadang ada yang ada 'dengan kepujian' atau ada yang tiada. Jangan risau. Itu bergantung kepada pihak universiti untuk letak ke tak. Takde istimewa mana2 pun. Sama je. Contohnya: Sarjana Muda Perakaunan (UM)  dan Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian (USM) dan Bachelor Perakaunan (UPM).


Ijazah Sarjana (Master)

p/s: Bagi yang berminat nak sambung pengajian yang lebih jauh, boleh la try Master. 


PHD (Doktor Falsafah)

p/s: Nak jadi bukan doktor perubatan? Boleh try belajar PHD.


Macik just boleh bagi secebis info ni sahaja sebab macik tak habis study semua peringkat pengajian lagi. So, macik harap perkongsian ni boleh bantu adik-adik semua.
 


31 comments:

  1. boleh saya tahu beza transfer degree dengan bachelor ?

    ReplyDelete
  2. terima kasih sangat2. amat membantuu =)

    ReplyDelete
  3. Boleh berikan saya pendapat x..saya hanya ada sijil spm. umur dah 35 tahun. nak sambung belajar ambik degree terus dengan menggunakan pengalaman kerja 17 tahun. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil melalui program APEL

      Delete
    2. APEL untuk mereka yg tiada sijil atau gagal SPM. untuk kes ni, perlu dapatkan diploma dulu

      Delete
    3. Pertama kena tengok sarjana muda yang nak diambil. Kedua apa tujuan nak ambil tu. Sebagai contoh, jika nak ambil sarjana muda perubatan memang tak lepas sebab perlukan kelayakan A Level. Tapi kalau sarjana muda biasa, ada institut yang boleh terus belajar jika ada pengalaman, contoh sarjana muda pentadbiran perniagaan @ BBA. Lepas tu jika niat ambil sarjana muda dengan niat nak masuk perkhidmatan awam, pastikan ada pengiktifan oleh MQA/MQR/eSisraf.

      Delete
    4. Jika niat memang nak menimba ilmu, boleh call dan tanya institut pengajian tinggi khususnya swasta macam OUM. Tapi pengiktirafan perlu tengok jika niat nak masuk. perkhidmatan awam.

      Delete
  4. kalau belajar kat luar negara phd tu belajar berapa tahun?

    ReplyDelete
  5. Master hanya 1.5 tahun lebih cepat daripada degree pertama... PHD sukar sikit

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini.
    Saya ada soalan,saya cuba Google tapi tak jumpa jawapan,harap Puan boleh bantu saya dipersoalan ini ..
    Saya berminat untuk sambung belajar course yang saya minat ialah antropology & sociology (culture & linguistics),adakah saya perlu bermula dari diploma? Saya berumur 38 tahun, mempunyai diploma in business & tourism dan juga pernah bekerja sebagai pramugari selama 11tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa boleh sambung degree terus, sebab dah ade diploma

      Delete
    2. Replay Music Crack is new software and super edition of audio and song recordings. This is a simple and useful tool for online and offline recording. Simple and efficient software allows access to additional online music and video recording tools.
      https://mehwishsoftware.com/replay-music-crack/

      Delete
    3. Puan boleh kontak institut yang puan nak sambung belajar atau ada kursus yang puan nyatakan. Jika swasta, biasanya mereka terima saja contoh OUM. Tapi jika niat puan untuk masuk perkhidmatan awam maka kelayakan tersebut perlu diperaku oleh MQA

      Delete
  7. boleh tahu beza tak antara undergraduate dan postgraduate

    ReplyDelete
    Replies
    1. di peringkat universiti:
      Undergraduate = pelajar tengah buat Degree/Bachelor/Diploma = yang belum ada degree
      Postgraduate = pelajar yang dah ada degree, dan sekarang tgh buat Master/PhD dan ke atas.

      Delete
  8. Terima Kasih atas perkongsian.. boleh saya tau.. saya cuma ada spm 1997.. boleh tak saya ambil diploma perhutanan berdasarkan pengalaman kerja bidang perhutanan tetapi subjek sejarah saya 'lingkup' .. tq

    ReplyDelete
  9. Saya nak tahu tentang ICEPS kalau tak ada diploma just ada sijil SPM saja boleh sambung ke..saya cuma ada pengalaman kerja 3 tahun.Adakah saya perlu memohon jurusan mengikut pengalaman saya bekerja atau bagaimana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program Iceps mmg ade utk diploma n degree.. bg lepasan SPM, blh sambung diploma. Kecuali STPM blh terus ke degree.. Pemilihan jurusan pulak bergantung pada pilihan kita sendiri.. Ade je yg SPM aliran sains, bila sambung blaja ke aliran sastera.. Ikut kebolehan n minat masing2...

      Delete
  10. Kalau saya stam boleh terus ke apel ke untuk master,pengalaman beljsr 5 tahun dkt india

    ReplyDelete
  11. ijazah sarjana muda dan sarjana muda tu perkara yg sama ke?

    ReplyDelete
  12. kalau foundation tu sama dengan mana” di atas tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. foundation is the english word for asasi

      Delete
  13. saya nak tanya kalau saya ambil asasi atau foundation dekat luar negara lepastu nak sambung bachelor dekat Malaysia. Dia affect keputusan penerimaan tak? Dalam masa yang sama dia affect peluang pekerjaan tak?

    ReplyDelete
  14. untuk maklumat tambahan...actually ada beza yee...ijazah sarjana muda dengan kepujian dengan yan tiada kepujian...bezanya dari segi gaji...untuk penjawat awam..degree with honurs lagi mahal gaji ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat gaji. Ada skim perkhidmatan hanya dilantik berkhidmat jika ada kepujian. Tak ada kepujian tak dilantik.

      Delete