Hey, welcome back korang!
Sape yang welcome back ni sebenarnya? Macik rasa dah lama
giler macik tinggalkan blog ni padahal baru 2-3 minggu rasanya.
Macik nak update kisah hidup macik after dapat result Separa
Perubatan haritu di mana macik lulus interview untuk latihan kejururawatan.
So, macik pergi guys ke pusat latihan tersebut pada tarikh
yang ditetapkan. Macik dapat mana?? Rahsiaaaa. Korang kena selalu jenguk blog
macik untuk tau sebab by hook or by crook macik mesti terbagi clue punya.
Tarikh pendaftaran untuk memasuki latihan misi ni jatuh pada
hari selepas keputusan UPU macik dikeluarkan. My past few posts macik ada share
kat korang pasal interview accounting di USM. KLIK SINI kalau nak tahu lebih
lanjut.
Seperti yang dijangkakan, macik gagal interview tersebut.
Almaklumlah, USM bukan level-level macik. Hahaha. Okey, gurau. Takde rezeki
macik kat situ. Macik dapat pilihan ketiga macik iaitu UPM dalam course
accounting. And then, macik tolak UPM. Rugikan??
Takpelah. Macik lebih minat jadi misi kut. Lagipula, sayang
tau tolak Separa Perubatan kalau korang dah lulus interview. Korang akan
termasuk dalam kalangan orang-orang yang tidak bersyukur!
Kenapa macik cakap macam tu??? Yela, semasa tahun macik, 20
000 orang dipanggil ambil ujian berkomputer, 5 000 orang dipanggil temuduga dan korang antara yang terpilih! Korang lulus
interview dan korang taknak pergi?! Ewah,ewah. Korang ingat kekosongan yang
korang tinggalkan tu pihak SPA akan ganti dengan orang lain ke? No! Kesian
mereka yang layak kat luar sana tu.
Orang-orang yang lulus dan diterima atau diserap oleh SPA
adalah insan-insan yang terpilih. Bukan macik nak bangga diri ek. Saja-saja nak
kembangkan hidung macik ni. Para pengajar di pusat latihan pun kata macam tu.
Kita adalah permata, insan terpilih.
Okey, enough brainwashing. Back to my main purpose.
Korang perasan tak? Okey, okey, macam ni. Macik kena
sediakan segala macam dokumen untuk hari pendaftaran dalam masa dua minggu.
Jadi macik pun curious la pasal macam mana sistem pembelajaran and so on. Cara
macik, macik akan tanya Uncle Gugel. Tapi Uncle Gugel tak bagi apa-apa maklumat
untuk macik gain information. Pelik jugak macik. Pelatih-pelatih takde yang
suka blogging ke?
Setelah macik kat sini, baru macik tahu. Rupa-rupanya adalah
termaktub (amboi perkataan) dalam buku panduan am pelatih untuk tidak
mengeluarkan penyataan awam. Macam dalam buku peraturan sekolah gitu. Which
means kitorang dilarang memberi maklumat atau kenyataan secara lisan atau
bertulis.
Dah macik tulis dalam blog ni??
Macik takde pun dedahkan maklumat apa-apa kan? Tujuan macik
tulis ni adalah untuk jelaskan kepada korang kenapa tak ada blog pasal pusat
latihan or so on. Itu sahaja. Tujuan peraturan sebegini adalah untuk menjaga
nama baik dan kredibiliti pusat latihan.
So, korang yang baru nak daftar nanti, jangan risau sangat.
Dorang sangat sayang dan akan jaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Kita
kan aset negara.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di ruangan komen di bawah.
Insyaallah macik jawab walaupun kadang-kadang lambat. Yela, misi mana boleh menghadap
gajet selalu. Pelatih jururawat macam macik ni komited pada kerjanya. Ehek!
Korang boleh jugak hantar email kepada macik untuk tanyakan
soalan apa-apa. Macik tahu macik jawab ye sayang.
Ada ig tak, saya nak tanya tentang bekerja sebagai MA 🤧
ReplyDeleteAssalam...saya nk tanya pasal penyediaan resume dan time sediakan segala dokumen tu, contoh sijil stpm kena letak jugak ke? atau letak sijil spm shja?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekenapa makcik?
ReplyDeletetq sharing akak. berapa cost belajar bidang nurse ni eh?
ReplyDeleteSlot Machines Online: Play Your Favorite Casino Games
ReplyDeletefor your chance to win, prizes and more, the best online luckyclub casino offers you. Play slots online today. No download and no registration needed.
hai..best blog ni..anyhow..akak ade sediakan servis menulis jurnal atau mencari bahan kajian for nursing n MA...for research..dh 8 thun akak menulis ..jika perlukn bantuan kot nk cri jurnal ke tak tau bole wsp di sini akk bntu mudahkn.. 0166371460 / freelance writer....
ReplyDelete