PENGALAMAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN 2019

Assalamualaikum and selamat pagi sahabat-sahabat macik.



Yang masuk blog sebab nak baca posting macik ni mesti sebab nak tau pasal SPA kan? Okey, takpe. Macik faham. Macik dulu pun gini jugak. Takde pengalaman langsung pasal SPA dan blog-blog la menjadi rujukan macik. Sib baik ade dorang yang sudi share pengalaman interview. Sekurang-kurangnya macik dapat bayang la interview SPA macam mana.

Macik dapat panggilan temuduga Separa Perubatan Gabungan 10 Latihan. Mula-mula macik tak faham ape benda la gabung2 semua ni. Calon temuduga kena masuk dari satu bilik ke satu bilik ke untuk interview 10 jawatan/latihan? Hahaha. Sebenarnya tak.. Kita interview sekali je pastu pihak SPA akan letak kita di bawah mana-mana 10 jawatan/latihan tersebut. Atas rezeki dan nasib la.



Macik dapat panggilan temuduga melalui emel. Memang melompat la macik sebab lulus peperiksaan online. Tapi yang membuatkan macik gabra, tarikh temuduga seminggu lepas raya tahun 2019. Masa bulan puasa tu macik doa sungguh-sungguh pada Allah supaya kurniakan macik penemuduga-penemuduga yang baik,ramah dan tak tanya pelik-pelik.

Persediaan yang macik buat takde la banyak sangat. Disebabkan rumah macik takde wifi apa semua, makcik pergi cari info di pusat internet. Untung rumah dekat pusat internet. Akak-akak pusat internet ramah-ramah dan bayaran guna komputer pun murah. 30 minit pertama penggunaan free je. (Macik promote Pusat Internet kat korang)

Kat pusat internet, macik cari soalan2 yang mungkin ditanya oleh penemuduga, baca experience orang lain dan cari tau pasal jenis-jenis penyakit. Macik cari kat Portal MyHealth. Di portal ni gila banyak info pasal penyakit2. Macik kagum sangat. Best tau baca. Lengkap penuh likat sampai terpikat.

Dapat je apa2 info yang macik rasa berguna, macik copy and paste kat microsoft word. Nanti senang la macik nak baca sebelum tido. (Macik bawa laptop pergi Pusat Internet. Kalau korang takde laptop korang boleh print je. Tapi kecikkan font tulisan dan buat rapat2 petak2 kasi jimat nak print.)  Jadikan bed time story gitu. Bijak tak macik?? Korang tiru la perbuatan orang-orang yang bijak cam macik ni.

Selain tu, korang jugak boleh cari info kat klinik kesihatan yang berdekatan. Tanya pada misi ke?? Tak la. Korang jangan tanya misi-misi. Dorang sibuk. Korang perasan tak kat tepi sudut klinik tu ada pamplet2 kecik dalam rak?? Ambil la mana berkenan. Bawa balik dan baca. Punya la penat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia buat design cantik2 korang tak perasan??

And then, the destined time came. Tarikh temuduga macik dalam masa raya. Macik sampai tak selera makan makanan raya walaupun macik dah sumbat macam2 juadah yang disediakan. Ermmm..

Macik pergi temuduga di Pusat SPA Kuala Terengganu. Susah jugak nak cari sebab dalam Google Map xde tunjuk Pusat SPA Kuala Terengganu. Kalau korang cari dan google map tunjuk benda lain tu. Haaa..memang kat situ dah. Bangunan tu dekat2 situ je. Bangunan bertingkat. Kecik je. Terletak kat tingkat 2. Signboard tak berapa nampak sangat sebab terlindung dengan pokok macam pokok kelapa.

Macik masuk dan daftar. Ramainya orang macam sebaya dengan macik. Paling penting masa daftar. Korang kena sediakan borang2 yang diminta dan disusun. Jangan risau kalau tak tahu nak susun macam mana. Akak kaunter akan tolong korang susun. Nasihat macik, korang bawa je semua sijil yang ada kat rumah tu. Macik bawa dua fail. Satu fail yang dah susun cantik macam macik nak dan satu fail lagi mengandungi sijil2 berselerak.

Akak kaunter minta macik sijil SPM. Macik ingat sijil SPM tu slip yang kita dapat time nak ambil keputusan tu. Rupa-rupanya bukan! Sijil SPM ialah sijil yang korang ambil daripada kerani sekolah tu! Kata akak kaunter, slip spm korang yang dah pudar warna tu dah boleh buang dalam tong sampah dah. Sudah tidak berguna. HUHUHU. Nasib baik macik bawa fail sijil berselerak.

Masa tengah susun2 fail depan akak kaunter, dia check macik punya sijil spm dan result matrik macik. Dia macam tanjat sebab macik punya result gempak sangat. Ermmm.. Dia kata macik layak jadi doktor. Separa perubatan ni bukan level-level macik. Macik sengih-sengih malu. Fufufu. Akak kaunter jugak bagitau macik supaya bersedia dengan apa-apa jawapan relevan sebab penemuduga akan mempertikaikan result macik. Macik dah start takut!

Sambil tunggu turn macik masuk kat dalam, macik sembang dengan orang sebelah macik. Orang ganu. Lawa orangnya. Seumur dengan macik. Malissa namanya. Sembang dengan dia, hilang sikit nervous ni. Jadi korang nanti jangan jadi kera sumbang pulak. Kitorang tukar nombor telefon nanti boleh hello2 bila result interview dah keluar.

Akhirnya giliran macik pun tiba. Macik ketuk pintu dan bagi salam semasa masuk. Nampak dua orang penemuduga, seorang wanita dan seorang lelaki. Senyum je kat macik. Bila tengok dorang senyum, macik pun senyum. Tapi lebih lebar daripada dorang sampai nampak braces pink macik.



Macik hulur fail macik dan tunggu penemuduga untuk benarkan macik duduk.Sambil belek-belek fail macik, dorang suruh perkenalkan diri. Macik still sengih lebar sebelum tarik nafas dalam-dalam sebelum perkenalkan diri, Macik cerita benda-benda simple je. Nama penuh, umur berapa, anak keberapa, mak ayah kerja apa, sekolah kat mana.

Sepanjang interview tu macik boleh katakan sangat santai. Penemuduga pun ramah je. Kitorang gelak-gelak. Dorang ada jugak mempersoalkan result macik. Kenapa nak apply SPA ni? Result macik sangat layak untuk ambil degree. Macik patut dapat kerja bagus kalau belajar universiti. Soalan yang sangat macik tunggu-tunggu.

Antara jawapan macik:

"Saya memang minat nak jadi misi." (dorang gelak je. Biasala ni jawapan cliche yang calon akan bagi.)

"Saya tak nak belajar universiti. Memang la dengan result saya, saya boleh dapat pelbagai kos yang profesional tapi saya tak ada minat nak belajar universiti. Ibu dan abah saya pun persoalkan kenapa saya tak nak sambung belajar universiti. Dah saya tak minat. Nak buat macam mana. Saya betul-betul nak jadi misi sebab ibu saya. Ibu saya ialah idola saya. Dia kerja misi je. Tapi dia enjoy life dia. Saya nak jadi macam dia. Kalau saya buat kerja yang saya tak minat tak guna juga kan?" (sebenarnya ada lagi yang macik tambah. Macik sungguh-sungguh tunjukkan kat dorang yang macik minat nak jadi misi.)

Macam-macam dorang tanya macik. Macik jawab sejujurnya sambil senyuman tak lekang dek bibir.Dorang tanya jugak macam apa itu 3S? Macik boleh jawab dua je betul. Satu lagi jawapan tu boleh pulak macik minta clue? Hahaha. 3S tu ialah Senyum, Sapa, Salam. Interview macik ambil masa dalam lebih kurang 10 minit je. Tak lama. Mungkin sebab ramai calon. Ayat last yang penemuduga bagi kat macik, bunyinya macam surrender dah.

"Okey la kalau nak jadi misi gak."

Macik tak letakkan harapan yang menggunung atas sekeping ayat tu. Takut nanti kuciwaaa. Macik balik ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa. Cewahh.

And, beberapa hari lepas. Sebuah emel datang pada macik. Macik tak expect haritu hari tau result. Macik buka dengan berdebar.

Latihan Juru X-Tray. Maaf, dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya.
Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Maaf, dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya.
Latihan Jururawat. Tahniah, anda telah berjaya temuduga!

WHATTTT???



Alhamdulillah..

11 comments: